ekonomi

Belanjawan 2024: Kerajaan Perpaduan usaha ringan beban rakyat

Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan melakukan sedaya upaya usaha bagi meringankan beban hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di laman sosial berkata, jawapan di Dewan Rakyat baru-baru ini telah menyentuh mengenai jumlah subsidi yang dijangka mencecah RM81 bilion perlu ditanggung kerajaan, antara lain akibat peningkatan kos import bahan makanan yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun susulan kenyataan itu jelasnya, kerajaan menyedari ada sebahagian pihak bimbang kos sara hidup mereka akan meningkat susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi susulan kenyataan tersebut.

“Saya beri jaminan dalam pengumuman Belanjawan 2024 Kerajaan Perpaduan akan berikhtiar sedaya upaya bagi meringankan beban golongan miskin dan susah, termasuk M40.

“Insya-Allah, nantikan pengumuman penting dalam Belanjawan 2024 pada Jumaat ini,”kata Anwar.

Anwar pada minggu lalu walaupun jumlah subsidi ditanggung kerajaan dilihat tinggi, namun mengurangkan jumlah subsidi itu tanpa melihat kepada keperluan rakyat bukan satu pilihan kepada kerajaan .

Susulan itu satu dasar baharu dirangka bagi mengurangkan beban kerajaan khususnya menerusi rasionalisasi subsidi dengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diberi bantuan, berbanding membiarkan golongan kaya turut menikmati subsidi.

Related Articles

Back to top button