Anwar

PM Anwar optimis perangi gejala rasuah, tingkat kemasukan pelabur asing ke Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha dalam semua perkara untuk mengembalikan wang negara yang telah dirompak oleh ahli politik yang korup pada masa lalu.

Pada masa yang sama, beliau juga mampu menarik kemasukan pelabur asing ke dalam negara.

Sejak 24 November 2022, apabila menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau telah mengadakan kira-kira 10 lawatan ke luar negara dalam tempoh sepuluh bulan pentadbiran untuk menarik pelabur.

Hasil lawatan tersebut, beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani dengan komitmen membawa pelaburan berpotensi bernilai hampir ratusan bilion.

Sejujurnya, mari kita renung sejenak dan bertanya sama ada terdapat Perdana Menteri lain yang telah membawa lebih banyak kekayaan kepada negara. Tiga pemimpin negara terdahulu telah terkait dengan hasil merompak kekayaan negara dan kes mahkamah yang belum diselesaikan. Sekiranya Pas, mereka berpendirian bahawa amalan rasuah adalah dibenarkan.

Mereka akan secara terus menyembunyikan perbuatan rasuah sekiranya mereka terus memimpin negara ini. Persoalan moral ialah sama ada pemimpin ini sedar bahawa anak muda negara ini akan menyaksikan sendiri kekayaan negara terus dirompak dan ianya dilakukan sendiri oleh pimpinan-pimpinan politik.

Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa telah berada di Malaysia untuk membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini berkata, fokus kerajaan dengan pemulangan Ng adalah untuk mendapatkan kembali aset yang dikaitkan dalam kes itu. Kini, pihak berkuasa Malaysia sedang berusaha untuk mengembalikan Jho Low yang merupakan dalang di sebalik kerugian 1MDB.

Saifuddin berkata, Ng dibenarkan menghadiri perbicaraan di Amerika Syarikat, di mana beliau telah disabitkan kesalahan tetapi belum lagi menjalani pemenjaraan.

Terdapat beberapa kes lain yang belum diselesaikan terhadap tiga bekas Perdana Menteri, iaitu Mahiaddin Yassin, Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad, di mana ianya membolehkan negara mendapatkan semula kekayaan yang didakwa mencecah berbilion-bilion ringgit yang berada di luar negara. – Newswav

Related Articles

Back to top button