Global

Malaysia-Thailand setuju tubuh pasukan petugas khas dalam pelbagai sektor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu telah mengadakan mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin di Putrajaya.

Hasil dari mesyuarat itu, Malaysia dan Thailand bersetuju menubuhkan beberapa pasukan petugas bagi merancakkan kerjasama dua hala dalam sektor pelbagai sektor berkepentingan bersama terutama bidang pertanian, pelancongan dan keselamatan.

Kerjasama itu jelas Anwar akan turut melibatkan bidang perdagangan, perniagaan termasuk industri halal sekali gus mampu meningkatkan jumlah pelaburan di kedua-dua negara sebagai rakan negara jiran.

“Saya amat memahami fokus anda dalam isu-isu keselamatan dan pelaburan. Dan saya amat mengalu-alukan peluang dalam mencapai beberapa keputusan perniagaan di luar kebiasaan yang memberi kelebihan kepada kedua-dua buah negara.

“Melalui penubuhan pasukan petugas khas ini, kedua-dua negara yakin boleh meningkatkan jumlah pelaburan dan saling melengkapi satu sama lain dalam membantu negara jiran dan memperoleh manfaat daripada negara masing-masing,” katanya dalam sidang sidang akhbar bersama sempena lawatan kerja Srettha ke Malaysia.

Anwar turut memaklumkan, pada mesyuarat tersebut turut dibincangkan hasrat syarikat Proton-Geely untuk mewujudkan kilang kenderaan elektrik (EV) di Thailand dan Srettha menyokong penuh hasrat syarikat automobil itu.

“Kami akan bertukar nota untuk memastikan hasrat kedua-dua negara akan dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Kedua-dua pemimpin dijangka akan bertemu semula untuk mengadakan mesyuarat beberapa hala dan menilai laporan daripada perkembangan yang dibincangkan menerusi pasukan petugas khas itu bagi memastikan pelaksanaan rancangan dinyatakan dalam mesyuarat semalam berjalan dengan lancar dan efektif.

Related Articles

Back to top button