AnwarSemasa

Anwar Ibrahim pemimpin Islam ke-11 paling berpengaruh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai pemimpin dan ahli politik Islam ke-11 paling berpengaruh dalam dunia.

Senarai itu dikeluarkan menerusi edisi terbaru ‘The Muslim 500: The World’s 500 most influential Muslim 2024’.

Menurut risalah tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut berjaya meletakkan dirinya di kedudukan ke-17 dalam kategori individu Islam paling berpengaruh dalam dunia.

Sementara itu, Ahli Cendekiawan Islam, Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang banyak memberi sumbangan dalam bidang falsafah dan teologi Islam pula disenaraikan pada tangga ke-25.

Pada tahun 2022, Anwar berada di kedudukan ke-22 daripada 500 individu dalam kategori pemimpin dan ahli politik Muslim paling berpengaruh.

Related Articles

Back to top button