Umum

Warga Palestin berarak ke Masjid KLCC bantah kezaliman rejim Zionis

Lebih 150 warga Palestin di negara ini berarak menuju ke Masjid KLCC, tengah hari ini sebagai menyatakan bantahan terhadap kezaliman rejim Zionis.

Mereka berhimpun dan bersolidariti di Kedutaan Palestin di Jalan U-Thant sebelum menuju ke Masjid KLCC melalui Jalan Ampang.

Turut sama adalah perwakilan rasmi dari pejabat kedutaan Qatar, Oman dan Iran sambil menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Kumpulan ini turut mendesak negara yang bersekongkol dengan rejim Zionis supaya membebaskan Palestin.

Difahamkan kumpulan terbabit akan turut disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan, sebagai tanda solidariti selepas solat Jumaat.

Related Articles

Back to top button