Semasa

Belanjawan 2024: Rebat motor elektrik mampu jayakan sasaran karbon sifar

Ahli Parlimen Petaling Jaya menyambut baik Skim Galakkan Penggunaan Motosikal Elektrik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Lee Chean Chung berkata, skim itu adalah hasil daripada sesi libat urus dengan pemain industri E-Bike pada 5 September 2023,

“Rebat ini dapat meletakkan e-bike setara dengan harga motorsikal yang biasa.

“Inisiatif ini pastinya akan memacu penerimaan e-bike di atas jalan dan membantu mencapai sasaran karbon sifar!,”katanya melalui satu hantaran di laman Facebooknya.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 berkata, individu berpendapatan bawah RM120,000 setahun akan menikmati rebat sehingga RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik.

Bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV) pula, Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh empat tahun.

Menurutnya, selain itu inisiatif potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh dua tahun lagi.

Related Articles

Back to top button