Semasa

Peningkatan peruntukan bukti kerajaan serius tegak syiar Islam

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyambut baik peningkatan peruntukan RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di negara ini yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika menghadiri satu acara di Shah Alam berkata, pengumuman oleh Perdana Menteri itu satu petanda yang menunjukkan keseriusan Kerajaan Perpaduan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan panji Islam.

Malah jelasnya, majlis agama Islam negeri juga turut menerima tempias daripada peruntukan tersebut sekiranya ingin memohon apa-apa peruntukan daripada Jakim.

“Banyak peruntukan diberikan kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) bagi melaksanakan pelbagai perkara pada Belanjawan kali ini.

“Pastinya Jakim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar akan melakukan yang terbaik untuk melaksanakan semua yang dibentangkan dalam Belanjawan semalam,” katanya.

Mohd Aziz sebelumnya ditemui pemberita pada Kejohanan Memanah Agensi dan Anak Syarikat MAIS dan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Selangor pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukan itu yang meningkat RM400 juta berbanding belanjawan sebelumnya.

Kerajaan juga bersetuju memberi sumbangan khas menjadi RM700 bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti dengan peruntukan RM50 juta.

Mengulas berhubung peruntukan lebih RM2.4 bilion yang turut diumumkan bagi membantu individu miskin tegar, Abdul Aziz berkata, ia merupakan satu langkah dalam misi Perdana Menteri yang mahu menjadikan negara ini sifar penduduk miskin tegar

Related Articles

Back to top button