Global

Malaysia keluar arahan Kedutaan Besar di Beirut ambil langkah berjaga-jaga

Putrajaya telah mengeluarkan arahan supaya Kedutaan Besar Malaysia di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat di Lubnan.

Ia susulan selatan negara itu turut menjadi sasaran rejim Israel dalam krisis pejuang Palestin dan rejim zionis di Tebing Barat.

Kementerian Luar menerusi kenyataan pada Ahad berkata, arahan itu turut merangkumi pasukan pengaman ATM-PBB (MALBATT) yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan.

Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, sebagai langkah awal kerajaan memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia untuk kembali ke negara sehingga keadaan selamat.

Kerajaan turut menegaskan, keselamatan semua rakyat adalah menjadi keutamaan negara dalam masa sukar seperti ini.

“Selain Malaysia, Kedutaan Besar United Kingdom dan Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Beirut telah menghantar pulang ahli keluarga mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Kementerian Luar dalam kenyataan turut menggesa rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaan diminta berhubung terus dengan pihak kedutaan Malaysia di Beirut.

Dalam perkembangan berkaitan, kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan seramai 300 rakyat negara itu terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza.

Agensi Anadolu memetik kenyataan jurucakap Ashraf al-Qidra berkata kebanyakan yang terbunuh pada Sabtu terdiri kanak-kanak dan wanita.

Dalam serangan hari kelapan itu, seramai 800 lagi penduduk Palestin turut dilapor cedera.

Related Articles

Back to top button