Global

KPM tarik diri dari Pesta Buku Frankfurt, terus bersolidariti kepada Palestin

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman bulan ini.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebooknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bekata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel.

Menurutnya, keputusan dibuat itu adalah selari dengan pendirian kerajaan bersolidariti dan menyokong penuh Palestin dan tidak akan berkompromi terhadap keganasan rejim Israel di Palestin.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu.

Selain KPM, Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengambil keputusan sama, tidak menyertai pesta buku tersebut.

Menerusi ciapan di Twitter, DBP menegaskan keputusan itu adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan.

“Selaras dengan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin – Israel pada ketika ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023,” ciap DBP di laman X

Related Articles

Back to top button