hiburan

Elak ketirisan, industri kreatif diseru ambil manfaat dari Belanjawan 2024

Pensyarah Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Megat Al Imran Yasin menyarankan supaya pendekatan mengurus tidak strategik dalam industri kreatif ditamatkan.

Melalui satu kenyataan beliau berkata, pelaburan kerajaan berjumlah ratusan juta akan terus mengalir sebagai satu pembaziran sekiranya kaedah dan pendekatan lama itu tidak diubah.

“Selain itu sekiranya negara ingin berjaya dalammembangunkan industri kreatif dan seni ini ia seharusnya bukan hanya melihat kepada aspek pendanaan semata matan malah ia turut membabitkan pembangunan polisi dan kebajikannpara pemain industri kreatif seperti isu hak cipta pemain industri yang membangunkan kandungan.

“Kesemua tatakelola dan urustadbir ini perlu dilakukan secara kemas melalui polisipolisi, perundangan serta pentadbiran yang telus, cekap dan berintegriti,” jelasnya.

Tambah beliau, Belanjawan 2024 diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi banyak “take away” dan manfaat kepada industri kreatif

Justeru industri kreatif termasuk kandungan dan hiburan Malaysia sewajar mendapat manfaat daripada pengumuman itu.

“Pemberian kerajaan MADANI ini mampu ditukarkan kepada penjanaan ekonomi kreatif yg melibatkan penghasilan kandungan bermutu tinggi sertapeluang pekerjaan kepada pengamal dan juga pem

“Oleh yang demikian di sini saya mencadangkan kepada beberapa perkara yang perlu diberi oleh kerajaan.

“Pemain Industri kreatif perlu bertanggungjawab memastikann pelaburan kerajaan daripada dana awam ini dengan penghasilan produk serta kandungan bermutu tinggi, berkualiti, laku di pasaran serta bermanfaat terhadap perkembangan maklumat masyarakat dalam aspek perpaduan dan kenegaraan.

“Pastikan tiada ketirisan terhadap dana awam yang dikeluarkan dengan memastikan tiada projek pembangunan filem dan kandungan yang diurus oleh agensi kerajaan seperti Finas dan lain lain agensi gagal dilaksanakan oleh syarikat syarikat yang didanai kerajaan. Ini seperti yang pernah berlaku kepada Dana Industri Kreatif bagi Belanjawan 2015 dan beberapa tahun berikutnya yang lalu seperti dihebahkan
sebelum ini oleh media massa,”jelasnya.

Selain itu beliau mengingatkan pemain indiustri bahawa kerajaan MADANI amat mementingkan tadbir urus dan tatakelola yang baik sewajar melihat kepada punca kepada kegagalan peruntukan dana awam yang lalu dengan idea segar daripada pemain industri kreatif.

Justeru pemain industri kreatif wajar memastikan pengurusan atau mereka yang diberi tanggungjawab mengurus dana mempunyai track rekod yang baik bebas daripada sabarang sejarah ketirisan yang lalu.

“Kementerian, agensi agensi kerajaan seperti Finas,Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo) serta pemain industri perlu selalu memperkemaskan dan memperbaiki polisidan dasar dasar berkaitan industri kreatif seperti hakcipta dan kebajikan pekerja,”tambahnya.

Pada pembentangan belanjawan baru-baru ini, perdana menteri mengumumkan RM60 juta sebagai dana pembangunan Industri Kreatif.

Turut diumumkan Film in Malaysia Insentif (Fimi) RM90 juta dalam usaha menggalakkan produksi asing membuat pelaburan penerbitan filem dan kandungan digital di dalam negara ini.

Kerajaan turut mengumumkan Skim Dana Padanan MyCreative diperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif dan seni disamping duti hiburan sebanyak 25% telah dikurangkan sehingga 10% kepada pengunjung pawagam di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Related Articles

Back to top button