Parlimen

Kerajaan Perpaduan tetap berpendirian tidak iktiraf LGBT – Menteri Agama

Kerajaan konsisten berpendirian tidak menerima aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana bercanggah dengan agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kerajaan mempunyai pendirian jelas berkaitan isu ini yang tidak boleh diterima khususnya dalam masyarakat Islam.

Menurutnya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini merujuk kepada konteks mengiktiraf dalam aspek hak asasi kemanusiaan golongan itu saja.

“Golongan ini mempunyai hak asasi tertentu di bawah Perlembagaan contohnya hak pendidikan dan sebagainya.

“Sebab itulah pendekatan diambil dalam konteks Jakim ialah bekerjasama dengan agensi lain untuk memberikan kesedaran dan mengambil tindakan untuk pastikan agar golongan ini kembali kepada fitrah sebenarnya dan dapat disedarkan daripada perbuatan kesalahan dilakukan.

“Saya simpulkan, apa disebut Yang Berhormat Tambun tak bermakna menerima LGBT ini, tetapi dalam konteks hak kemanusiaan diperuntukkan termasuk dalam Perlembagaan iaitu tak boleh dinafikan kepada mereka. Itu pendirian Jakim,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) mengenai pendirian terkini Jakim terhadap kenyataan Anwar dalam sebuah portal berita antarabangsa bulan lalu yang menyebut hak LGBT tidak wajar diganggu.

Related Articles

Back to top button