Semasa

Timbalan Menteri KPDN gesa buat aduan di saluran betul, bukan di media sosial

Media sosial bukan tempat membuat aduan berkaitan bekalan barangan keperluan, sebaliknya sebarang aduan mengenai perkara itu perlu melalui saluran yang betul supaya tindakan dapat dilaksana, tegas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut Fuziah Salleh, aduan disampaikan sesetengah pihak di media sosial bukan tindakan tepat, sebaliknya hanya akan melambatkan lagi proses tindakan pihak KPDN terhadap aduan berkenaan.

“Sebaik-baiknya guna saluran yang betul di mana kalau saluran disampaikan kepada KPDN kita boleh mengambil tindakan dengan segera.

“Contohnya, kalau kes yang viral itu kita terpaksa pergi cari pula siapa yang mula viralkan, sumber maklumat, pergi jumpa dan baru hendak mulakan siasatan.

“Jadi saya mohon tidak menggunakan saluran media sosial, tapi kalau betul hendak sampaikan maklumat itu, sampaikan pada KPDN, kita ada banyak saluran aduan tapi kita buka khas aduan bekalan iniā€¦ bekalan beras, minyak dan gula,” katanya.

Fuziah berkata begitu kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan Ops Jamin di sebuah pasar raya di Cheras Jaya pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fuziah turut memaklumkan satu saluran khas menerusi kod QR aduan bekalan sudah dibuka di sesawang rasmi KPDN. Kod itu dihubungkan terus kepada talian hotline WhatsApp khas KPDN bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Beliau berkata menerusi saluran khas itu, aduan dibuat akan disiasat dalam tempoh 24 jam selepas ia diterima.

Sementara itu, orang ramai boleh terus menyalurkan aduan di mana-mana saluran KPDN seperti WhatsApp 019-2794317 atau 019-8488000, portal e-Aduan KPDN di http://eaduan.kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800, emel [email protected], aplikasi Ez Adu KPDN serta Bilik Gerakan Penguatkuasaan di 03-88826088 atau 03-88826245

Related Articles

Back to top button