Politik

Hamzah jangan main bedal, PM gesa tampil beri bukti

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin diminta membuktikan dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar telah diugut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu susulan kenyataan Hamzah yang menuduh Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengisytiharkan sokongan kepadanya kerana diugut seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menyifatkan tuduhan itu sebagai sesuatu yang serius, Anwar menggesa Hamzah memberikan bukti supaya perkara itu dapat disiasat pihak berkuasa.

“Kalau beliau (Hamzah) ada bukti, beliau kena bawa, tetapi apa lagi beliau hendak kata. Yang saya tahu saya belum jumpa, belum hubungi dan hantar wakil. Tak tahu siapa yang ugut.

“Kalau ada bukti beliau (Hamzah) kena keluarkan. Jangan pakai bebal. Beliau patut bawa laporan. Kalau ada laporan, patut ada siasatan,” katanya ketika ditemui pada satu acara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Iskandar Dzulkarnain, seorang Ahli Parlimen Bersatu melalui menerusi kenyataan pada minggu lalu mengumumkan untuk menyokong kepimpinan Anwar.

Beliau berkata keputusan diambil selepas mengadakan beberapa siri pertemuan dengan penggundi itu kerana tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terbiar dan ketinggalan semata-mata perbalahan naratif politik.

Keesokannya, Hamzah yang juga setiausaha agung Perikatan Nasional mendakwa Iskandar “diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah” susulan pertemuan dengan seorang ahli perniagaan yang menjanjikan habuan wang dan kedudukan dalam beberapa syarikat.

Hamzah bagaimanapun tidak menamakan pegawai tinggi dan ahli perniagaan berkenaan.

Sementara itu Anwar mendedahkan, sehingga kini beliau sendiri tidak pernah bertemu dan menghubungi malah jauh sekali menghantar wakil berurusan dengan Ahli Parlimen PN daripada Bersatu itu.

Sambil berterima kasih atas sokongan Iskandar, Anwar berkata status pembangkang tidak patut menjejaskan hubungan antara wakil rakyat dengan pemerintah.

“Lihat apa cuba kita lakukan tentang dasar ekonomi. Merakyatkan. Sepatutnya suatu hubungan yang baik,” katanya.

Sebelum ini, Anwar menyeru pembangkang untuk berunding dengan pemerintah agar isu peruntukan Ahli Parlimen boleh diselesaikan secepat mungkin, meskipun sehingga hari ini beliau hanya berdepan permusuhan.

Related Articles

Back to top button