Global

JUST puji pendirian PM Anwar dalam krisis Gaza

Pergerakan Antarabangsa untuk Dunia Adil (JUST) memuji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pendirian berani dan berprinsip beliau dalam Krisis Gaza yang semakin berkembang.

Presiden JUST, Dr Chandra Muzaffar melalui satu kenyataan berkata, pendirian dinyatakan Anwar menunjukkan bahawa beliau tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak terhadap Krisis Gaza yang melibatkan isu moral asas.

“Kita tahu Anwar tidak bersetuju dengan setiap taktik yang Hamas gunakan dalam perjuangan pembebasannya. JUST juga tidak menyokong semua pendekatan Hamas dalam usahanya untuk kebebasan Palestin.

“Namun begitu, semua mereka yang menghargai penentuan nasib sendiri dan hak rakyat untuk memilih masa depan mereka sendiri bersedia untuk mengakui pengorbanan dan penderitaan yang luar biasa yang telah dilalui oleh pejuang kemerdekaan Hamas dan lelaki, wanita dan juga kanak-kanak di bumi yang kita panggil Palestin. mengejar kehormatan dan maruah mereka,” kata kenyataan tersebut.

JUST dalam kenyataannya juga menegaskan dunia perlu mengakui bahawa Hamas adalah gerakan pembebasan yang dipilih secara demokrasi yang mendapat sokongan majoriti rakyat Palestin seperti yang terbukti dalam pilihan raya umum 2006.

Malah pilihan raya itu telah diperakui sebagai pilihan raya yang bebas dan adil oleh pelbagai misi pemerhati antarabangsa termasuk dari Eropah dan Amerika Syarikat. (AS)

Justeru tegasnya, tindakan kerajaan AS dan pelbagai kerajaan Eropah lain enggan mengiktiraf kesahihan keputusan pilihan raya malah memilih untuk menghukum Hamas dan rakyat Palestin kerana melaksanakan hak demokrasi mereka adalah sangat memalukan.

Related Articles

Back to top button