Semasa

Khidmat 200 konselor disambung, KKM usaha tambah bilangan pakar psikiatri

Sebagai memenuhi keperluan rakyat untuk perkhidmatan melibatkan kesihatan mental, Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk melanjutkan kontrak membabitkan 200 konselor.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa melalui jawapan bertulis Parlimen berkata, kontrak itu dilanjutkan sehingga Ogos 2025.

“Bagi memberi perkhidmatan kesihatan terbaik di seluruh negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kaunseling dan psikiatri termasuk melaksanakan usaha kolaboratif dengan agensi lain dan swasta,” katanya dalam jawapan tersebut.

.Dr Zaliha sementara itu turut menjelaskan, kementerian telah mengambil beberapa langkah lain untuk menambah bilangan pakar psikiatri di negara ini.

Antara langkah dilaksana adalah dengan melantik semula pakar psikiatri bersara secara kontrak untuk berkhidmat dengan kementerian berdasarkan keperluan perkhidmatan dan bidang kritikal.

Kementerian itu juga jelasnya telah meningkatkan slot tajaan Hadiah Latihan Persekutuan untuk Program Latihan Kepakaran Sarjana Perubatan bagi bidang Psikiatri.

Related Articles

Back to top button