Global

PM Anwar bincang konflik di Gaza dengan Presiden Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan perkembangan terkini di Gaza dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas

Perkara itu dikongsikan Anwar melalui satu ciapan di laman aplikasi X.

Tambahnya, dalam perbincangan melalui panggilan telefon itu, mereka sepakat usaha tuntas perlu dilaksana bagi menghentikan semua bentuk keganasan yang berlaku di Tebing Barat ketika ini.

Selain itu mereka berdua turut menyentuh isu bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang kini dikepung rejim Israel.

“Semasa perbualan ini, saya juga menerima penjelasan terkait serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam, sayugia kami berdua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut,” ciapnya.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin,” kata Anwar melalui ciapan itu.

Anwar kini berada di Riyadh, Arab Saudi bagi mengetuai delegasi delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC itu adalah pertama kali diadakan ini sebagai platform penting dan peluang dalam memperkukuh lagi hubungan antara negara-negara Anggota ASEAN dan GCC melalui kerjasama politik, ekonomi dan sosio-budaya.

Selepas menghadiri sidang itu, perdana menteri kemudian dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud.

Agenda utama semasa lawatan ini adalah untuk meneruskan perbincangan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.

Related Articles

Back to top button