Global

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC: PM Anwar selar kemunafikan antarabangsa terhadap Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kemunafikan masyarakat antarabangsa terhadap pencabulan hak asasi manusia dan pembantaian terhadap warga Palestin.

Melalui ucapannya pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi pada Jumaat, Anwar menegaskan prinsip dan hukum antarabangsa mestilah diteguhkan tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

Malaysia jelasnya menekankan bahawa hak rakyat Palestin mesti dikembalikan, diiktiraf kenegaraannya dan juga memperakui sempadan pra tahun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

“Dalam masa yang sangat mencabar ini dengan menghadapi krisis kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang boleh menyebabkan konflik serantau dan dunia, Malaysia menyeru agar semua negara untuk bersama-sama mencari penyelesaian berkekalan serta adil dalam kemelut ini.

“Kami berharap ahli-ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) khususnya P5 (ahli tetap Majlis Keselamatan PBB) memainkan peranan mereka sebagai broker keamanan yang jujur. Inilah masanya untuk dunia bersatu,” katanya.

P5 merujuk negara-negara yang mempunyai kuasa veto dalam UNSC iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China, United Kingdom dan Perancis.

Pada ucapannya juga, Anwar menyatakan pendirian Malaysia yang mahu agar koridor bantuan kemanusiaan segera digerakkan bagi memudahkan kemasukan bantuan makanan dan perubatan

Related Articles

Back to top button