Politik

Saifuddin ajak rakyat nilai sendiri sikap Abdul Hadi yang ‘serba bersih’

Presiden PAS Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai seorang ahli politik yang sering meletakkan dirinya “serba bersih” bagi mengejar kuasa.

Ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang secara sinis berkata parti pimpinnya tidak mahu ‘menyucikan’ parti-parti dalam kerajaan , susulan pelawaan untuk

akan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang disifatkan penuh dengan kekotoran.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang mengambarkan parti dalam Kerajaan Perpaduan hari ini penuh dengan kekotoran.

Mengulas lanjut, Saifuddin menyatakan rasa kesal apabila ketika pemimpin negara sedang bertungkus-lumus memulih ekonomi, membantu rakyat dan menjauhi rasuah, Abdul Hadi terus memperlekeh lawan dengan sehina-hinanya melalui dalil agama yang ditafsirkan secara sempit tanpa rasa tanggungjawab.

“Abdul Hadi belum pernah menunjukkan kepada rakyat idea, jawapan dan kaedah parti Islam PAS terhadap permasalahan negara.

“Apa pendekatan Abdul Hadi dan PAS terhadap kemiskinan rakyat, pemulihan ekonomi, tatakelola pemerintahan, perpaduan dan kestabilan politik, melegakan kenaikan kos sara hidup dan mengawal inflasi.

“Ini semua isu-isu yang jauh daripada jangkauan dan keupayaan Abdul Hadi dan PAS,” katanya sambil menggesa rakyat menilai sikap ditunjukkan Abdul Hadi.

Related Articles

Back to top button