Semasa

Abdul Hadi tak berani lawan Anwar dalam Parlimen – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) membidas tuduhan Presiden PAS Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri, kononnya “tidak cukup kuat” dalam memperjuangkan isu Palestin.

Menerusi ciapan di laman X, Fahmi menegaskan Ahli Parlimen Marang boleh sahaja menyoal dan bertanya sendiri perdana menteri di Dewan Rakyat sekiranya timbul isu berkenaan perkara itu.

Malangnya menurut Fahmi, Abdul Hadi bukan sahaja tidak berbuat demikian, malah lebih teruk gagal untuk hadir ke Dewan Rakyat.

“Dari 9 hingga 19 Okt, Hadi hadir satu hari, iaitu pada 16 Okt, hari sama perdana menteri buat kenyataan mengenai isu Palestin. Jadi, peluang untuk lawan ada.

“Tapi ada Hadi kritik atau lawan kenyataan perdana menteri? Langsung tak!,” kata Fahmi menerusi ciapan tersebut.

Beliau sementara itu turut berkongsi Hansard Parlimen bertarikh 16 Okt ketika Anwar membuat kenyataan mengenai isu Palestin.

“Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berucap selepas itu, malah siap ucap tahniah kepada perdana menteri atas pendirian kerajaan dalam isu Palestin.

“Tiba-tiba Hadi mencelah. Tapi tak sepatah pun dia balas, sanggah, tegur atau kritik kenyataan perdana menteri yang kononnya ‘tak cukup kuat’. Kenapa dia tak terus sebut bila ada peluang dalam dewan?

“Ini ke adab seorang ‘alim’, ‘pendakwah’?. Jelas Abdul Hadi ni seorang yang penuh hasad dengki,” katanya.

Abdul Hadi dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Selangor pada Sabtu terus meremehkan usaha dilakukan Anwar termasuk untuk rakyat Palestin.

Sedangkan di dalam dan di luar negara, Anwar sentiasa menunjukkan sikap tegas dalam membela rakyat Palestin, bahkan turut pantas dalam menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka termasuk melalui dana awal daripada kerajaan sebanyak RM10 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Beliau turut menerima panggilan telefon daripada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

Presiden KEADILAN itu turut menyokong gesaan untuk menghentikan segera pengeboman Israel di Gaza serta mencadangkan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.

Ketika di Riyadh juga, Anwar juga mengadakan perbincangan dengan Liga Muslim Sedunia berkaitan konflik di Palestin.

Related Articles

Back to top button