Semasa

Kurikulum 2027: KPM adakan jerayawara, dapatkan pandangan semua pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam mendapatkan mendapatkan pandangan semua pemain industri berhubung pelan pembangunan pendidikan berkaitan kurikulum persekolahan baharu 2027.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian itu akan mengadakan ‘Jerayawara Jelajah Pendidikan’ di seluruh negara bermula tahun hadapan bagi tujuan itu.

“Sebagaimana disebut dalam ucapan belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (13 Okt lepas), (beliau) menyebut tentang jerayawara yang berkait rapat dengan pendidikan masa depan.

“Jadi selepas ini anjakan yang kita akan lakukan adalah melakukan jerayawara ini di seluruh negara melibatkan pelbagai peringkat segmen komuniti yang merupakan pihak berkepentingan dalam pendidikan untuk menjayakan yang kita sebut agenda pendidikan masa depan,” katanya pada #majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan (KPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Fadhlina berkata, antara yang akan menjadi fokus serta pembaharuan termasuklah pendidikan karakter, fleksibiliti dan aspek pendigitalan mengikut trend masa.

Justeru beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua peringkat masyarakat untuk memperkukuh sistem pendidikan negara.

“Untuk makluman, jelajah ini adalah salah satu usaha kita dalam merangka pelan pendidikan baharu negara yang akan tamat pada 2025. Ini juga akan melihat penglibatan pelbagai peringkat segmen komuniti yang merupakan pemegang taruh dalam pendidikan.

“Sebenarnya usaha ini juga amat penting bagi merangka agenda pendidikan masa depan negara buat generasi akan datang,” tambahnya.

Fadhlina sebelum ini dilaporkan berkata KPM akan mencadangkan kerangka pendidikan menyeluruh dan pelan pendidikan baru yang mengambil kira faktor global dan dasar dalam pembentukan karakter warganegara.

Beliau berkata pelan pembangunan pendidikan baru itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan latihan kompetensi guru dan kebolehpasaran individu dalam bidang pekerjaan, dalam dan luar negara.

Related Articles

Back to top button