Semasa

Pertahan Palestin: Kali pertama dalam sejarah Malaysia keliling dunia Arab

Buat pertama kali dalam sejarah negara, Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengelilingi negara Arab demi menyatakan pendirian terhadap kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, pendekatan itu diambil beliau selepas melihat semangat dan denyut nadi rakyat negara ini terhadap nasib yang menimpa Palestin.

Tambahnya, dalam tempoh beberapa hari lalu, beliau telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam termasuk Arab Saudi, Riyadh, Bahrain serta Turki bagi membincangkan isu dihadapi penduduk Palestin dan pendirian Malaysia berkenaannya.

“Dalam sejarah Malaysia selalunya kita hanya membuat kenyataan dari jauh.

“Ini kali pertama, saya ambil keputusan untuk keliling dunia Arab menyatakan pendirian kita,”jelasnya ketika menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena Axiata Bukit Jalil pada Selasa malam.

Anwar sebelum ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Riyadh,Arab Saudi pada Khamis ini, bagi menghadiri persidangan tetap di antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN, dengan mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.

Beliau kemudian bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman atas undangan banginda dan mengadakan perbincangan hati ke hati, dan tajuk utama adalah Gaza.

Dari Riyadh, Perdana Menteri berkata beliau berlepas ke Istanbul, Turki untuk berbincang bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung langkah yang harus diambil secara bersama, selain tindakan untuk berdepan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana ketidakpedulian negara itu berhubung soal kemanusiaan.

Beliau kemudian ke Kaherah bagi berjumpa Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi membincangkan isu bantuan yang boleh disalurkan melalui pintu sempadan Rafah di antara Mesir dan Israel
“Bincang hati ke hati dengan presiden Mesir, dia kata kalau 200 kontena dibawa masuk ke Gaza, dia izinkan sekarang juga,” tambah Anwar.

Related Articles

Back to top button