Semasa

KSM kaji cadangan waktu kerja fleksibel sektor perladangan

Cadangan untuk memperkenalkan waktu kerja fleksibel bagi pekerjaan di perladangan bagi menarik minat generasi muda bekerja di sektor itu sedang dikaji.

Timbalan Menteri Sumber Manusia (KSM) Mustapha Sakmud di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, cadangan itu hadir kerana negara terlalu bergantung kepada buruh asing dalam sektor pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar)

“Ada beberapa cadangan cuba dibuat. Pertamanya untuk membangunkan satu silibus supaya kerja-kerja di ladang ini boleh dipersijilkan seperti SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) 1 dan SKM 2.

“Ada juga cadangan supaya ada waktu fleksibel atau minggu fleksibel kepada generasi muda ini. Kalau mereka bekerja di ladang sepanjang masa, mungkin agak membosankan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) berhubung langkah kerajaan menarik minat pekerja tempatan bagi mengisi pekerjaan dalam sektor tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, cadangan itu merupakan antara yang dilontarkan dan sedang dikaji secara praktikal oleh kementeriannya dan kementerian lain.

“Supaya kita dapat mengajak anak muda ini dapat bekerja di ladang dan memastikan bahawa kita tidak bergantung kepada pekerja buruh asing,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button