Semasa

Menteri soal Hadi, tindakan apa PN nak ambil?

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan apakah tindakan akan diambil Perikatan Nasional (PN) selepas mendedahkan ada kelompok yang mahu mencabar undang-undang syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, Abdul Hadi mempunyai pandangannya sendiri berkait undang-undang syariah dalam negara dan beliau menghormati pandangan itu.

“Mengenai ini (dakwaan ada kelompok mahu mencabar undang-undang syariah) saya rasa saya akan jawab bila sampai (masanya).

“Hadi ada pandangan dia tersendiri. Kalau dia nak ambil (tindakan) itu…kita pun nak tahu tindakan apa nak diambil (oleh PN),” katanya.

Mohd Na’im berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-40.

Abdul Hadi pada Selasa mendakwa ada kelompok mencabar perundangan mahkamah syariah dan perkara itu tidak boleh dibiarkan.

Timbalan Pengerusi PN itu bagaimanapun tidak memperincikan atau menamakan mana-mana pihak terkait dakwaan dibuatnya itu

Hadi juga memberi amaran kepada kerajaan supaya tegas membela undang-undang syariah atau PN akan “bertindak” tanpa menguraikan lebih lanjut tindakan akan diambil mereka.

Related Articles

Back to top button