Global

PM Anwar terima kunjungan hormat Jusuf Kalla, adakan perbincangan isu Palestin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat dari bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Jusuf Kalla, Mufidah.

Melalui hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata pada pertemuan tersebut mereka membincangkan perkembangan isu Palestin yang menjadi perhatian dan sangat mengesankan Jusuf Kalla.

“Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti-aktiviti ilmu dan keagamaan.

“Ia juga seiring dengan peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI),” tambah Anwar yang turut memuat naik beberapa gambar sekitar pertemuan itu.

Melalui hantaran sama, beliau turut menyatakan harapan agar pertemuan tersebut akan meneruskan lagi legasi panjang Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia.

Related Articles

Back to top button