ekonomi

Sistem PADU bakal diuji bermula bulan hadapan

Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) secara keseluruhannya telah mencapai tahap pembangunan 72 peratus, kata Kementerian Ekonomi.

“Sistem PADU sedang dibangunkan secara dalaman menggunakan kepakaran penjawat awam sedia ada tanpa melibatkan lantikan daripada perunding luar dan diterajui oleh Kementerian Ekonomi.

“Pembangunannya turut melibatkan beberapa agensi utama seperti Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia yang menyediakan kepakaran teknikal dalam pembangunan sistem ICT dan pendigitalan sektor awam,” kata kementerian dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Kementerian itu turut menjelaskan, pengujian sistem akan dilakukan dalam tempoh dua bulan bermula November sehingga Disember 2023.

Selepas pelancaran sistem itu yang dijadualkan pada Januari 2024, ia akan dibuka kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian maklumat individu dilakukan dalam sistem tersebut dan maklumat ini akan disahkan bagi memastikan kesahihannya.

Menurutnya, Kementerian Kewangan turut terlibat dalam meneliti keperluan peruntukan bagi pembangunan Padu.

Sebagai rekod, sistem PADU apabila siap kelak akan menjadi satu pangkalan data paling lengkap dimiliki kerajaan setakat ini.

Ia akan memastikan agihan subsidi bersasar lebih adil dan meminimumkan kumpulan berisiko tercicir berlaku

Related Articles

Back to top button