Semasa

PM tak mahu insiden bawa senjata mainan ke sekolah berulang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi arahan supaya pihak sekolah mengawal sebarang alatan yang dibawa pelajar terutama ketika Minggu Solidariti Palestin yang akan diadakan minggu hadapan.

Mengulas gambar yang tular menunjukkan murid sekolah memegang senapang mainan, sambil mengenakan skarf dan kain di kepala yang tertera sokongan untuk Palestin, beliau menegaskan tidak mahu masalah seperti membawa senjata mainan ke sekolah timbul lagi.

“Itu kita kena kawal. Tadi kita bincang di Jemaah Menteri, pertama kita tidak galakkan dan paksa semua sekolah (buat Minggu Solidariti Palestin).

“Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah,” katanya kepada media selepas ditemui di sebuah restoran di Dengkil.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan sekatan aplikasi TikTok terhadap kandungan oleh rakyat Malaysia yang menyokong Palestin, Anwar berkata, mereka (TikTok) telah menafikan perkara itu.

“TikTok telah nafi dakwaan itu tapi kita (Malaysia) akan terus memantau perkara itu,” katanya

Related Articles

Back to top button