Nasional

Fahmi azam pastikan tiada pemberhentian kerja di kalangan pengamal media

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil meletakkan azam, dalam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.

Bagi tujuan itu, kementerian akan mengadakan sesi libat urus bersama pengamal media di seluruh negara.

Menurutnya, sesi libat urus itu akan diadakan sebelum pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media di Parlimen yang dijangka pada Mac tahun depan.

“Saya telah minta Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (Teo Ni Ching) mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pengamal media selepas kita selesaikan beberapa perkara.

“Kami inginkan undang-undang yang lebih komprehensif sebelum melangkah ke hadapan,” katanya.

Menurutnya, ia penting agar majlis itu antara lain mampu memainkan peranan menjaga kebajikan petugas media.

Fahmi berkata, beberapa tahun sebelum ini, berbilion telah melayang ke media sosial terutamanya tiga nama ini, Google, Meta dan Tik Tok, maka satu keadaan menang-memang mesti dicapai terutamanya dengan media sosial dan pertubuhan media.

“Ini adalah penting supaya kita boleh memiliki media yang mampan, untuk mendapatkan media yang mampan kita perlukan libat urus dan situasi menang-menang serta satu kemenangan dalam media yang beretika baik.

“Saya bercakap daripada dalam hati saya, kita mahu sebuah masa hadapan yang cerah untuk dunia kewartawanan dan tidak mahu lagi ada yang kehilangan kerja,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis Kinabalu Press Award 2023 di Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri HajijiNoor dan turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

Related Articles

Back to top button