Anwar

Kisah perjuangan karier politik Perdana Menteri diabadikan dalam ‘Anwar Triumph’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke perasmian buku mengenai perjuangan dan perjalanan kariernya, ‘Anwar Triumph’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.

Buku tersebut nukilan tokoh peguam jenayah dan penulis dari Australia, Mark Trowell KC yang juga menjadi pemerhati antarabangsa dalam menyediakan laporan kritikal berkaitan prosiding undang-undang membabitkan tokoh ternama seperti mendiang Karpal Singh; Menteri Sri Lanka, Rishad Bathiudeen dan beberapa lagi.

Setebal 195 halaman, ia menggambarkan perjalanan luar biasa Ahli Parlimen Tambun itu untuk mengecapi kejayaan dalam persaingan politik yang panjang, pengkhianatan dihadapinya dan gejolak politik selepas tindakan diambil pihak tertentu untuk mengukuhkan kuasa.

Menurut Trowell, tajuk ‘Anwar Triumph’ tidak hanya menggambarkan Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi juga untuk menghargai gerakan reformasi, yang telah diperjuangkan oleh Presiden KEADILAN itu selama bertahun-tahun.

Trowell dalam buku itu menawarkan terperinci pandangan berbeza dalam kemelut susulan pembebasan Anwar pada May 2018, beliau juga menyatakan bahawa buku ini penting kerana merekodkan sejarah sebenarnya yang berlaku ketika itu daripada menulis selepas setelah sekian lama.

Turut hadir dalam majlis pelancaran buku itu ialah isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Buku ini boleh dibeli secara dalam talian di https://mphonline.com/products/anwar-triumphs-the-ascent-of-malaysias-10th-prime-minister-against-all-odds

Anwar melalui hantaran di laman Facebooknya mengharapan semoga fakta dan babak di dalam buku tersebut dapay ditelaah dan diwacanakan dengan baik dan sihat.

Related Articles

Back to top button