Politik

Lebih ramai akan sokong PM Anwar jika Ketua Pembangkang tak mahu bincang peruntukan

Seorang penganalisis politik menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, sekiranya pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) terus enggan berunding dengan kerajaan mengenai peruntukan.

Hisomuddin Bakar yang juga Pengarah Eksekutif Ilham Centre dipetik laporan FMT berkata begitu susulan tindakan dua Ahli Parlimen dari Bersatu Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) menyatakan sokongan kepada Anwar

“Ahli di bawah perlukan peruntukan tapi pimpinan tak berunding. Tidak ada kenyataan tuntas berkenaan tawaran dibuka Putrajaya kepada pembangkang,” kata Hisomudddin, dan menambah hanya PN akan terjejas jika situasi itu berlarutan.

Beliau sementara itu menjangkakan PN tidak banyak pilihan, dan percaya pucuk pimpinan gabungan itu akan mengalah dan mengadakan suatu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) seperti ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob untuk meredakan tekanan dalam kalangan Ahli Parlimen PN.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof awal oktober lalu memaklumkan bahawa hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjumpa bagi berbincang mengenai peruntukan kepada pembangkang, setakat ini.

Sementara wakil daripada Perikatan Nasional (PN() tiada mengemukakan sebarang surat rasmi, selain tidak mengadakan sebarang pertemuan berhubung perkara itu.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya dipetik laporan sama pula berpandangan kepimpinan PN tidak seharusnya membiarkan isu peruntukan untuk wakil rakyatnya dan perbincangan dengan kerajaan “tergantung” tanpa sebarang keputusan.

“Kalau tak diselesaikan ketua pembangkang, selagi benda itu tak berlaku selagi itulah perkara ini akan terus berlanjutan,” katanya.

Related Articles

Back to top button