ekonomi

BNM kekal OPR pada kadar 3 peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus susulan mesyuarat, hari ini.

Menurutnya dalam Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan, inflasi keseluruhan dan inflasi teras telah menjadi sederhana disebabkan terutamanya oleh tekanan kos yang semakin reda.

“Pada suku ketiga, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berpurata pada dua peratus dan 2.5 peratus.

“Menjelang tahun 2024, inflasi dijangka kekal sederhana.

“Risiko terhadap prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi dan pasaran kewangan global.

“Yang penting, hasrat kerajaan untuk mengkaji semula kawalan harga dan subsidi pada tahun 2024 akan mempengaruhi prospek keadaan inflasi dan permintaan,” katanya.

Kali terakhir BNM menaikkan OPR adalah pada Mei lalu, dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus daripada 2.75 peratus sebelumnya.

Mesyuarat MPC seterusnya dijadualkan pada 23 dan 24 Januari 2024.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button