Parlimen

Cukai Barang Bernilai Tinggi akan dilaksana mulai 1 Mei 2024

Cukai Barang Bernilai Tinggi yang sebelum ini dikenali sebagai Cukai Barang Mewah akan dilaksanakan mulai 1 Mei 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan dasar dan perundangan cukai membabitkan barang bernilai tinggi.

“Mekanisme pelaksanaan, jenis barang dan kadar cukai barang bernilai tinggi akan diumumkan sebaik sahaja perkara-perkara tersebut dimuktamadkan dan diluluskan oleh jemaah menteri,” katanya dalam jawapan bertulis Chong Zhemin (PH-Kampar) di Dewan Rakyat, semalam.

Cukai berkenaan itu diumumkan Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada bulan lalu.

Terdahulu, media melaporkan, cukai itu dijangka dikenakan ke atas barangan mahal seperti jet peribadi, kapal layar, barangan kemas dan kereta mewah.

Selain itu, cukai tersebut juga dikatakan akan dikenakan ke atas kereta yang dijual melebihi RM200,000, jam tangan melebihi RM20,000 dan barangan kemas berharga melebihi RM10,000.

Related Articles

Back to top button