Global

PM Anwar tegaskan pendirian isu Palestin pada pertemuan dengan Mark Rutte

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte menyatakan pendirian untuk menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita setelah mengadakan pertemuan bersama Rutte Seri Perdana , Putrajaya pada Rabu.

“Dia (Rutte) menjawab mengatakan pertamanya, dia setuju supaya ada langkah segerakan dan langkah berhentikan serangan.

“Dia minta laluan supaya dia terus menghubungi pemerintah Israel dan juga melalui Qatar supaya dapat ada rundingan hentikan serangan itu.

“Keduanya, dia setuju ada langkah tambahan seperti mana dia dapat teruskan melalui Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi. Jadi, saya sekurangnya puas hati dia (Rutte) dapat memahami pendirian kita (dalam isu Palestin),” kata Anwar.

Rutte tiba ke Malaysia sempena lawatan kerja dua hari pada Selasa.

Kedua-dua pemimpin sempat bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa termasuk kekejaman tentera zionis terhadap penduduk awam di Palestin.

Pada pertemuan itu, Anwar turut menegaskan perlu ada usaha untuk menjamin keamanan dengan menghentikan serta-merta serangan ganas dan biadap terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa seperti anak kecil, wanita, orang awam serta kawasan hospital dan sekolah.

“Dia (Rutte) akui bahawa sentimen rakyat Belanda telah berubah, kalau dulunya mendukung serangan Israel dan sikap Eropah ini … sekarang majoriti itu tidak bersetuju tentang serangan berterusan,” kata beliau yang turut memuji sikap lunak Rutte untuk mendengar pandangan mengenai isu Palestin

Related Articles

Back to top button