Parlimen

Fadlina kecewa Minggu Solidariti Palestin dipolitikkan hingga jadi polimik

Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan telah menjadi polimik kerana dipolitikkan dan dikacau ganggu ‘orang luar’ tegas Menteri Pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis mengecam pihak yang mengkritik penganjuran program itu.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) hanya menyahut seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pendirian kerajaan untuk turut sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin selain mahu mendidik kanak-kanak tentang nilai keamanan sejagat.

Dengan nada sebak, beliau menggesa semua Ahli Parlimen memahami perkara itu dan memberi ruang agar KPM melaksanakan tanggungjawabnya dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan melalui program tersebut.

“Beri ruang kepada kami untuk laksanakan tanggungjawab kamiā€¦Jangan kacau dan usik guru kami. Di sebelah sana atau sini, sama!

“Beri ruang untuk proses pendidikan ini. Faham yang penting untuk mendidik (murid) tentang kemanusiaan,” katanya sambil menegaskan program tersebut bukan mahu menunjukkan pihak mana yang paling hebat dalam isu Palestin.

Sebelum ini, tular video berkaitan program di sebuah sekolah yang didakwa memaparkan unsur ekstremisme bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Video 55 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengacukan senapang mainan ke arah pelajar sambil mengetuai sekumpulan guru mengibarkan bendera Palestin ketika perhimpunan.

Susulan itu pada 31 Okt lalu, KPM mengeluarkan arahan melarang penggunaan senjata dan unsur politik bagi penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Sementara itu, Fadhlina ketika menghadiri Minggu Solidariti Palestin di sebuah sekolah di Kuala Lumpur berkata, komuniti pendidikan jelas dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk program itu.

Beliau turut menegaskan tidak timbul sebarang isu di kalangan guru dan pentadbir sekolah berkenaan garis panduan yang dikeluarkan KPM, termasuk untuk tidak menyatakan perspektif satu pihak sahaja.

“Jadi saya harap jangan bising, jangan bimbang jika ada sekolah tak ada takbir atau qunut nazilah,” katanya sambil menambah sekolah-sekolah melaksanakan program secara bersesuaian dan atas sebab tersendiri.

Related Articles

Back to top button