Politik

PKR bukan ahli Liberal International – Fahmi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan bahawa parti itu menjadi ahli Liberal International (LI).

Ketua Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata demikian mengulas terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan PKR dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu LI.

“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

“PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Related Articles

Back to top button