hiburan

PM Anwar sampaikan sumbangan buat Ibnor Riza, pelakon Fuziah Samad

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyampaikan sumbangan kepada penyanyi popula era 80-an Ibnor Riza, dan pelakon, Fauziah Samad yang dilanda musibah kesihatan.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, sumbangan kepada kedua-dua insan seni tanah air itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

“Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor dan saudari Fauziah dilanda musibah kesihatan.

“Hari ini Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili saya untuk menziarahi mereka.

“saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan perubatan masing-masing. ,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ibnor Riza yang popular melalui lagu ‘Berdiri Seorang Perindu’ itu telah disahkan menghudap kanser pada Febuari lalu.

Difahamkan, penyanyi itu memerlukan kira-kira RM30,000 untuk dua sesi kemoterapi di sebuah hospital swasta, jika ia tidak berjaya, bapa kepada dua cahaya mata itu perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi dengan anggaran kos sebanyak RM200,000.

Manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga menyebabkannya terpaksa berkerusi roda.

Anwar melalui hantaran sama turut menitipkan doa agar kedua-dua mereka dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT dalam menghadapi ujian ditempuhi.

Related Articles

Back to top button