Anwar

PM Anwar ucap takziah buat keluarga mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, 73, yang meninggal dunia malam tadi.

Anwar menerusi hantaran di Facebbok, turut mendoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail telah kembali ke rahmatullah.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Dilaporkan Allahyarhamah Natrah meninggal dunia akibat kanser hati yang baru dikesan tiga minggu lalu. Jenazah akan dikebumikan di Segamat, Johor hari ini.

Natrah yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat dan menjadi Ahli Parlimen Sekijang, Johor dari 2018 hingga 2022.

Related Articles

Back to top button