Anwar

PM Anwar minta MP pembangkang bincang dengan Fadillah soal peruntukan kawasan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan untuk kawasan mereka.

Anwar berkata, perbincangan mengenai peruntukan kawasan masing-masing perlu dibuat dengan Timbalan Perdana Menteri II itu.

Mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang mahu menghentikan rundingan berhubung peruntukan untuk kawasan mereka, Anwar berkata, “Tiada, bincang dengan Datuk Seri Fadillah,”.

Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di Putrajaya hari ini.

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembangkang tidak akan meneruskan permohonan bayaran peruntukan Ahli Parlimen kerana mendakwa syarat yang diminta kerajaan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Related Articles

Back to top button