Negeri

Iktibar dari banjir 2021, Selangor buat persediaan awal hadapi sebarang kemungkinan bencana

Kerajaan Selangor mengambil pengajaran dari kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di negari itu pada 2021

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, susulan insiden yang tidak disangka itu, kerajaan negeri kini bersikap tidak ambil mudah terhadap setiap kebarangkalian perubahan cuaca.

“Selepas kejadian banjir pada 2021, kita tidak ambil mudah. Ia mungkin boleh berlaku lagi dalam kadar tinggi sebagaimana dulu. Justeru kita sudah arahkan persediaan awal di semua peringkat dan lengkapkan semua pihak

“Ini penting bagi mengurangkan impak kehilangan nyawa dan harta akibat bencana,” jelasnya.

Amirudin sebelumnya hadir pada program minum petang sempena Kursus Kesiagaan Skuad Bencana Team Selangor di Dewan Azalea, Seksyen 25 di Shah Alam pada Sabtu.

Beliau pada majlis itu turut menyerahkan nombor badan Angkatan Pertahanan Awam (APM) kepada 50 sukarelawan Team Selangor yang tamat kursus bersama pasukan keselamatan itu.

BACA LAGI : Selangor perluas khidmat van transit untuk kemudahan rakyat

Sementara itu beliau turut menjelaskan, sukarelawan Team Selangor kini memiliki nilai tambah dan boleh menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) peringkat awal bersama anggota keselamatan lain.

Iisiatif tersebut merupakan antara usaha Kerajaan Negeri membuat persediaan awal menghadapi situasi bencana tidak terduga.

“Saya sangat gembira dengan persediaan kita. Kalau dahulu, kita hanya ke negeri lain untuk bantu mereka tetapi selepas 2021, saya percaya seluruh Selangor telah merubah paradigma bahawa kita perlu ada kesiapsiagaan setiap waktu,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button