Kekejaman rejim zionis Israel tidak pernah terfikir oleh manusia – Sultan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyifatkan dunia kini sedang sakit dan ia dibimbangkan menjadi tenat sekiranya krisis persaingan dan pergolakan terus berlaku sedangkan keganasan serta malapetaka kemanusiaan gagal dibendung.
Baginda bertitah, amat memilukan hati melihat penderitaan yang ditanggung oleh rakyat bumi Palestin dengan tindakan dilakukan oleh rejim zionis Israel itu tidak pernah terfikir atau tergamak dilakukan oleh makhluk bergelar manusia.
“Penderitaan yang dialami oleh insan tidak berdosa di bumi Palestin mengembalikan ingatan kepada kata dua yang diungkapkan oleh tentera Athen kepada penduduk Pulau Melos semasa Perang Peloponnesia antara Athens dan Sparta pada tahun 416 sebelum Masihi bahawa yang kuat akan melakukan apa yang mereka boleh manakala yang lemah akan menderita.
“The residents of Melos Island who chose neutrality and did not want to surrender were besieged, all the male inhabitants were killed, and all women and children were enslaved.
“A selfish attitude and feeling only the right self will lead to destruction. Hating and being hostile is like a choice among those who have power and seem more likely to compete than to work together.
“Akibatnya usaha-usaha membangun insan, menghapuskan kemiskinan, mengatasi kekurangan makanan dan membasmi kejahilan serta buta huruf menjadi bertambah sukar,” titah baginda
di Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Perak, hari ini.
Dalam pada itu, baginda bertitah selain usaha membangunkan insan terjejas, dunia juga kini sedang menghadapi masalah bekalan perkhidmatan dan barangan, terutama bahan makanan yang semakin sukar diperoleh sehingga menyebabkan kos sara hidup terus meningkat, mengakibatkan rakyat di serata dunia menanggung kesusahan.
“Dunia yang tenat dilanda krisis perlu diubati dengan suara perdamaian. Bermuafakat lebih baik daripada bersengketa, bermesyuarah lebih baik daripada bertelagah serta bermaaf-maafan lebih baik daripada berdendam.
“Insaflah! Kedamaian lebih baik daripada peperangan; Insaflah! akar kemanusiaan hanya tumbuh dalam suasana persahabatan dan kerjasama; Insaflah! Kedamaian akan tinggal dalam impian jika tidak ada rasa muhibah dalam hati insan.
“Dunia ini perlu dilimpahi dengan cahaya kedamaian yang menjamin harapan. Perdamaian akan hanya wujud apabila manusia memilih untuk memahami antara satu sama lain.
“Suara kebenaran di tengah-tengah arus yang memilih untuk berkonflik dan usaha perdamaian dalam dunia yang memilih untuk berperang, memerlukan kekuatan, ketabahan dan keberanian luar biasa, mengatasi kekuatan, ketabahan dan keberanian seorang soldadu di medan perang,” titah baginda.
Baca juga: