Politik

Laman sesawang Liberal International sudah keluarkan nama dan logo PKR – Fahmi

Nama dan logo PKR sudah dikeluarkan daripada laman sesawang Liberal International, sebuah organisasi berdaftar yang berpangkalan di London.

Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara-negara Asia sudah tiada.

Setakat 3.40 petang, hanya tujuh parti atau pertubuhan membabitkan Asia masih berada dalam senarai di laman sesawang Liberal International.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata LI telah mengeluarkan nama dan logo PKR daripada laman sesawang organisasi itu.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah LI ambil maklum PKR tidak pernah menjadi ahli pertubuhan antarabangsa itu.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu PKR akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan parti itu dengan LI.

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, kita dapati ada lebih 200 hantaran berkait dengan LI yang cuba menyerang PKR, menyerang saya dan menyerang Perdana Menteri.

“Jadi memang ada ‘coordinated behaviour’ dan ini serangan politik dan penting saya jelaskan secara fakta PKR bukan ahli Liberal International,” katanya

Semalam, Fahmi berkata dia telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo parti itu dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital itu, PKR tidak pernah menjadi ahli pertubuhan antarabangsa tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button