Parlimen

Nama MP culas ke Dewan Rakyat dipapar di laman sesawang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mencadangkan untuk memaparkan nama-nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau ‘ponteng’ sidang Dewan Rakyat dilihat langkah tepat.

Melalui pelaksanaan itu, pengundi boleh melihat dan menilai sendiri pemimpin yang dipilih apabila nama-nama yang terlibat dimuat di laman sesawang Parlimen nanti.

Johari berkata, ia antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan Parlimen yang diwakili.

Katanya, cadangan itu akan dibincangkan oleh beliau dengan jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan.

“Saya akan bincang perkara ini kerana saya tidak boleh terus berikan arahan. Selepas perbincangan akan putuskan bila akan mula.

“Seelokknya kita mulakan (paparkan nama di laman web) secepat mungkin, mungkin pada persidangan yang akan datang, ini antara penambahbaikan yang kita akan buat kerana ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka bertanya di manakah Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Kerjasama Serantau Persatuan Pengakap ke-18 ASEAN (ASARC) di Georgetown, semalam.

Pemakluman yang dibuat Johari turut mendapat reaksi positif ramai pihak memandangkan ada di kalangan Ahli Parlimen yang didakwa jarang muncul di Dewan Rakyat.

Tindakan sengaja tidak hadir tanpa alasan kukuh juga disifatkan tidak bertanggungjawb serta gagal melaksanakan tugas sebagai wakil kepada rakyat di Parlimen.

Terdahulu, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) melalui inisiatif MyMP mengeluarkan senarai lima Ahli Parlimen dengan kehadiran terendah.

Menerusi senarai itu, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Mahiaddin Yassin berada di kedudukan tercorot, diikuti Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Related Articles

Back to top button