Semasa

AMK mahu tubuh unit khas pantau naratif 3R di media sosial

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bercadang untuk menubuhkan unit khas bagi memantau sebarang isu agama, raja dan kaum (3R) di media sosial.

Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim pada Ahad berkata, pihaknya akan meneliti cadangan dikemuka pada konvensyen AMK itu bagi menentukan kaedah pelaksanaanya.

“Kalau ada orang menggunakan media sosial membuat tohmahan dan dakwaan menggunakan isu-isu perkauman biarlah ada naratif balas dan ia antara perkara yang boleh dibuat oleh unit ini,” katanya.

Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) ditemui pemberita selepas menyempurnakan Konvensyen AMK Wilayah Tengah 2023 melibatkan sayap pemuda parti itu dari Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Ipoh pada Ahad.

Sesi tersebut yang dihadiri 200 ahlinya merupakan merupakan penutup kepada konvensyen peringkat cabang dan negeri yang diadakan sejak Oktober bagi setiap zon bermula di Sabah diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Melaka.

BACA: Yayasan Didik Negara hantar bantuan untuk anak-anak di Palestin

Sementara itu, Adam Adli ketika menyentuh mengenai AMK berkata, ia kini mempunyai keahlian seramai 228,000 di seluruh negara dengan terbanyak di Selangor iaitu 70,000 manakala 14,000 ahli di Perak.

Bagi memantapkan pemahaman berkaitan prinsip dan idealisme parti, AMK jelasnya sentiasa menyediakan latihan secara berkala kepada ahli baharu.

“Ini supaya sesiapa yang masuk sebagai ahli Keadilan memahami dan tahu prinsip parti serta boleh menerangkan dengan lebih baik kepada masyarakat di luar sana,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button