Belanjawan Selangor 2024: ‘Banyak berita baik kali ini’ – Menteri Besar
Belanjawan Selangor 2024 yang dijangka dibentangkan pada Jumaat ini akan terus mengutamakan kepentingan rakyat di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ditemui selepas menghadiri program Jelajah Madani bersama menteri sumber manusia V Sivakumar di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada Ahad memberi gambaran bahawa sektor pendidikan dan agama Islam akan diperkasa.
Selain itu tambahnya, belanjawan tersebut akan turut memperincikan inisiatif kerajaan negeri dalammengembangkan beberapa industri lain
“Banyak (berita baik bajet kali ini)…sabar tunggu bajet nanti saya akan jelaskan. (Cuma) kita ada beberapa fokus untuk mengembangkan industri tertentu.
“Kita juga bersedia menambah insentif untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dan pendidikan. Ada juga berkaitan pengembangan agama Islam. Kita akan bangkitkan dua tiga perkara,” katanya.
BACA LAGI: Belanjawan 2024 diluluskan di peringkat dasar
Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San memberitahu pembentangan Belanjawan Selangor 2024 diadakan pada 10 November serentak dengan sidang DNS yang berlangsung selama dua minggu.
Bagi jangkaan kos perbelanjaan tahunan 2023, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion