hiburan

GV10: Perjalanan Ezad Lazim terhenti di minggu ketujuh

Perjalanan Ezad Lazim, dalam program All Stars Gegar Vaganza (GV10) ternoktah selepas dia diumumkan tersingkir pada konsert minggu ketujuh.

Menerusi konsert di Dewan Auditorium MBSA malam tadi, Ezad yang menyertai GV10 menerusi kategori ‘hotseat’ mempertaruhkan lagu Seksa dipopularkan Kumpulan Ukays.

Persembahan Ezad bagaimanapun gagal menyelamatkannya yang berada di kedudukan tercorot minggu ini

“Syukur Alhamdulillah sama sama dapat memeriahkan GV kali ini.

“Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Jangan lupa saksikan konsert Exist pada Disember depan,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Hady Mirza muncul sebagai peserta yang menduduki tempat teratas selepas meraih markah tertinggi daripada tiga juri tetap.

Tempat kedua pada konsert minggu ini menjadi milik Jaclyn Victor manakala Liza Hanim pula berada di tempat ketiga.

Penyingkiran Ezad sekali gus menyaksikan Naqiu, Nikki Palikat, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina, Jaclyn Victor dan Noryn Aziz berjaya melangkah ke minggu kelapan.

Tidak ketinggalan, Siti Nordiana, Aliff Aziz dan Tomok turut berjaya ke peringkat seterusnya.

Related Articles

Back to top button