Politik

Ahli Parlimen Gua Musang dari PN isytihar sokong PM Anwar

Perikatan Nasional (PN) terus dimalukan apabila Ahli Parlimen Gua Musang, mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Mohd Azizi Abu Naim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu kenyataan berkata, sokongan itu berkuat kuasa pada Selasa.

“Setelah meneliti dan mendengar pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dengan matlamat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan rakyat, saya selaku Ahli Parlimen Gua Musang mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif Kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

BACA LAGI:Lebih ramai akan sokong PM Anwar jika Ketua Pembangkang tak mahu bincang peruntukan

Mohd Azizi merupakan Ahli Parlimen ke-3 dari Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar.

Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.

Melalui kenyataan sama, Mohd Azizi menjelaskan, beliau tidak mempunyai niat untuk keluar atau mengkhianati .

Sebaliknya, tindakan itu dibuat demi memastikan Parlimen Gua Musang bergerak seiring dengan pemerintahan kerajaan pusat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti tipis sebanyak 163 undi.

Beliau memperoleh 21,826 undi manakala Tengku Razaleigh Hamzah yang mewakili Barisan Nasional (BN), mendapat 21,663 undi.

Related Articles

Back to top button