Semasa

Google Malaysia komited tingkat kerjasama dengan KKD

Google Malaysia telah menyatakan komitmen untuk meneruskan perbincangan dan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD).

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Fahmi berkata, kerjasama itu membabitkan isu media serta kawal selia melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan antara kementerian dan pasukan Google Malaysia yang membincangkan beberapa perkara melibatkan KKD dan agensi berkaitan.

“Pihak Google telah menyatakan kesediaan dan komitmen untuk meneruskan perbincangan dan meningkatkan kerjasama dengan KKD dan agensi berkaitan,” katanya melalui hantaran itu.

BACA LAGI: Kawal selia TikTok Shop: KKD bincang dengan agensi berkaitan

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Fahmi memaklumkan capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas daripada Digital Nasional Berhad (DNB), kerajaan berada di landasan tepat dalam memastikan sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G akhir tahun ini.

Biarpun berbaki tujuh peratus untuk mencapai sasaran itu, Fahmi berkata terdapat beberapa isu dibangkitkan oleh DNB antaranya masalah tanah yang perlu diselaras dengan pihak berkuasa tempatan.

Fahmi berkata beliau telah meminta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din untuk mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi menyelesaikan isu berbangkit.

“Ini agar semua pihak faham bahawa 5G merupakan inisiatif nasional serta usaha bersama untuk melipatgandakan kemajuan dan pembangunan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital di Putrajaya semalam.

Related Articles

Back to top button