Teknologi

Peruntukan sehingga RM40 juta untuk tingkat keupayaan penjawat awam dalam bidang teknologi baharu

Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah di antara RM30 hingga RM40 juta untuk penjawat awam muda menjalani latihan dan kursus khas dalam bidang teknologi baharu.

Ia meliputi bidang kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah tersebut antara usaha bagi meningkatkan keupayaan penjawat awam sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada syarikat swasta dalam bidang teknologi.

“Untuk bidang seperti AI, transformasi digital harus segera hantar peringkat lebih muda keluar negara sama ada syarikat-syarikat, universti-universiti utama.

“Saya beri jaminan bahawa peruntukan diberikan dan mengenal pasti dalam semua bidang,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) Tahun 2023, di Putrajaya.

Anwar berkata beliau telah meminta Ketua pengarah Perkhidmatan Awam untuk menyegerakan pelaksanaan latihan baharu kepada penjawat awam dan mengetepikan aturan birokrasi bagi mempercepat pencapaian matlamat dalam perkara itu.

Beliau berkata, antara bidang lain yang boleh diteroka ialah transformasi digital, teknologi makanan, keselamatan siber, ketenteraan dan isu sempadan negara.

“Lebih baik kita belanja lebih untuk melatih penjawat awam daripada menyelesaikan secara singkat dengan melantik konsultan asing dengan kos yang tinggi,” katanya.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button