Semasa

Kerajaan kerjasama dengan 5 negara, usaha bawa pulang mangsa penipuan kerja di Myanmar

Kerajaan melalui Kementerian Luar sedang mengenal pasti dan berusaha menyelamatkan 26 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Laukkaing, Myanmar.

Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar sedang menyelaras usaha itu dengan kerjasama Thailand, Vietnam, Filipina dan China.

“Sehingga 3 Nov 2023, kementerian ini berjaya membawa pulang 518 orang. Sejurus mereka kembali ke tanah air, mangsa-mangsa akan diambil keterangan oleh polis untuk membantu siasatan,” jelasnya di Dewan Rakyat pada Rabu.

BACA LAGI: Kerajaan akan guna saluran diplomatik selamatkan rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket

Mohamad Alamin sebelumnya menjawab soalan dikemuka Ahli Parlimen Sibu dari Pakatan Harapan (PH) Oscar Ling Chai Yew mengenai langkah diambil kerajaan untuk menyelamatkan mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar yang sering dilapor berlaku.

Sementara itu Mohamad Alamin turut memaklumkan, kerajaan juga sedang menunggu “lampu hijau” daripada pihak berkuasa Myanmar untuk berbincang bagi merangka usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan.

“Dalam masa yang sama, Kementerian Luar ingin mengingatkan kepada semua warga Malaysia supaya sentiasa peka dan berwaspada apabila menerima sebarang tawaran pekerjaan menerusi platform media sosial yang meragukan,” tambah Ahli Parlimen Kimanis itu.

Related Articles

Back to top button