Parlimen lancar kutipan dana Tabung Kemanusiaan Palestin
Parlimen melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin, bagi membolehkan Ahli Parlimen memberi sumbangan dalam usaha meringankan beban dan penderitaan rakyat negara itu akibat konflik yang sedang melanda Semenanjung Gaza.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata, sumbangan itu akan disalurkan terus kepada tabung akaun amanah kemanusiaan rakyat Palestin bawah seliaan Kementerian Luar.
“Parlimen terpanggil untuk bersama dalam usaha meringankan beban rakyat Palestin yang semakin hari semakin terhimpit akibat konflik melanda, dan sebagai sokongan moral kepada mereka, maka kita melaksanakan kutipan tabung kemanusiaan peringkat Parlimen.
“Tabung ini ditempatkan di pintu masuk kiri dan kanan hingga selesai persidangan dan setiap kali Yang Berhormat ingin masuk, boleh diletakkan (menyumbang) di luar sana,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Baca lagi: