Politik

PM ingatkan pembangkang sekali lagi supaya datang bincang hal peruntukan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan pihak pembangkang agar tidak terus sombong.

Beliau yang ditemui pemberita selepas program Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada Rabu berkata, pembangkang sewajarnya datang berbincang dengan baik berkaitan permohonan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya ringkas.

Perdana menteri sementara itu turut ditanya mengenai dakwaan dilempar Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassin bahawa kerajaan menggalakkan rasuah apabila meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Ditanya ketika itu mengenai dakwaan kononnya pelbagai syarat yang perlu dipatuhi Ahli Parlimen pembangkang jika ingin membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”.

BACA LAGI:Lebih ramai akan sokong PM jika Ketua Pembangkang tak mahu bincang peruntukan

Anwar sebelum ini sering mengingatkan pembangkang supaya mengadakan perbincangan mengenai isu peruntukan bersama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Namun sehingga kini, isu tersebut gagal diselesaikan sehingga setakat ini empat Ahli Parlimen tampil menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Dengan sokongan diberikan, mereka berharap isu peruntukan di kawasan mereka dapat diselesaikan selain pembangunan dapat dibawa ke kawasan diwakili mereka.

Related Articles

Back to top button